28 November 2011

MOOD

MOOD : SAD
4Month aku di Pulau Langakawi....
Rasa lambat pulak nak lik Kelana Jaya.....
Ya Allah cepatkan lah masa berlalu....
Bulan 2 ini Cousin aku kahwin...
Tak dapat balik....
Erm....

MOOD : HAPPY
Thank kepada semua STAFF AND CHEF FRANGIPANI....
Terima kasih banyak2....
Jasa mu tak akan aku lupa....
Insya allah....
Thank My Friend....

MOOD : MISS
Kawan2,My Family and lain-lain lagi....




11 September 2011

Kenapa dengan lelaki ne

Kenapa dia nak sakitkan hati kawan aku....KENAPA????Kenapa kawan aku ada buat salah dengan dia ke????Kalau ada bagi tahu lah....Jagan buat dia terseksa macam ini....Kalau ada pun maaf kan je lah insan yang lemah....Kan kawan aku dah mintak maaf dekat engkau banyak kali....Buat penggetahuan engkau kawan aku tak pernah buruk-buruk kan engkau dekat depan kita orang semua tau....Jadi jagan lah buat kawan aku tersiksa lagi....AKU HARAP SANGAT-SANGAT....Mintak maaf kalau ada kaum adam yang baca....KENAPA KAUM ADAM SUKA SAKITKAN HATI PEREMPUAN????KANAPA????JAGAN LUPA YA KAUM ADAM SAAT INI KAMU ADA DI ATAS DAN JANGAN TERKEJUT SUATU HARI KAMU AKAN ADA DEKAT BAWAH....JAGAN LUPA TAU....KITA HIDUP DEKAT DUNIA INI HANYA SEMENTARA DAN MANAKALA KITA HIDUP DEKAT AKHIRAT UNTUK SELAMA-LAMANYA....WAHAI KAUM ADAM DAN HAWA BANYAK-BANYAK LAH BERTAUBAT....BUAT DIRI KU JUGAK....

Nak FON ne =,=


Siapa nak belanja FON ini????
Harga kat low yat RM300.00
Kita orang rangcang nak beli tapi tak tahu lagi lah....
Kita orang cuma rangcang sahaja....
Kalau MAK DAN AYAH kita ornga bagi kita orang beli je....
HEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHE 
(Gelak besar)
Kalau MAK DAN AYAH kita orang bagi GREEN LIGHT
Kita,Pin-Gu dengan Izzah nak rangcang nak beli....
Citanya macam ini mula-mula kita yang ambik kertas yang die orang letak kat counter....
Keesokkan harinya aku pun SEARCH....
Carik punya carik....
Mak ai harga NOT BAD lah....
Aku pun bagi tahu dekat Izzah....
Izzah pun kata herga boleh tahan lah....
Lepas itu pun Pin-Gu masuk dan Izzah pun bagi tahu harga....
Pin-Gu cakap LAWA LAWA LAWA....
Kita orang apa lagi rasa nak beli lah....
HEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHE
(Gelak besar)
Kalau jadi kita orang nak beli sama-sama....
Beli sama-sama MODEL yang sama....
Tapi warna lain-lain kot 1101....
HEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHE
(Gelak besar)



28 August 2011

Erm....Besok dah nak raya

Macam tak bersemagat nak raya tahun ini....Aku pun tak tahu kenapa????Korang nak tahu tak PUASA TAHUN INI 29HARI....Tak cukup SEBULAN....Sebab itu rasa macam cepat je dah nak habis puasa....raya tahun ini MAKCIK MAKCIK aku semua raya dekat kampun SUAMI mereka....tak apa lah tahun lepas MAKCIK MAKCIK aku raya kat sini adil lah 2....SAYA NUR INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA ADILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SESIAPA YANG MENGGENAL DIRI INI....SAYA MINTAK MAAF KALAU SAYA ADE TERSALAH BAHASA ATAU TERKASA DENGAN KORANG SEMUA NUR MINTAK MAAF DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA HIJUNG KAKI....JEMPUT LAH DATANG RUMAH (KEPADA SESIAPA YANG TAHU RUMAH NUR DEKAT MANA)KALAU KORANG DATANG RUMAH NUR....KALAU NUR TAK ADA DEKAT RUMAH NUR MINTAK MAAF

16 August 2011

Praktikal

Praktikal Praktikal Praktikal....
Pening kepala aku memikirkannya....
Tak tahu nak pilih kat mana....
Sekarang ini aku ada 2 pilihan sama ada nak Praktikal dekat KL atau dekat luar KL....
Kalau aku Praktikal dekat luar KL aku kena tingalkan rumah dekat KC....Mood Sad
Lepas dah kena tingalkan rumah dekat KC....
Aku kena berjauhan dengan kawan-kawan ku....Mood Sad
Lepas 2 dah tak duduk satu rumah lagi dengan die orang semua....
Tak makan sama-sama,tak baring sama-sama,tak bergurau sama-sama (senang cakap perkara yang kita lakukan sama-sama tak kira pagi,petang,malam)....Mood Sad
Mesti sedihkan....
Tak sangup aku bayangkan macam mana keadaannya nanti....
YA ALLAH BANTULAH HAMBAMU INI....
AKU TAKNAK BERPISAH DENGAN DIA ORANG SEMUA....
AKU TAK INGIN MELALUINYA....
SAAT SAAT BERPELUKKAN,BERSALAMAM DAN SEBAGAINYA....

12 August 2011

Bosan Bosan Bosan


Bosan Bosan Bosan.... Budak-budak rumah aku semua buat kerja....Aku ini aje yang tak ada kerja....Erm rm rm rm rm rm rm

07 August 2011

Hari ini ^_^

Go to fullsize image
Hari ini aku buat Kek Batik....
Tak tahu jadi ke tak....
Ini kali pertama aku buat....
KEK BATIK....
Selalunya aku tengok mak aku masak sahaja....
Kali ini aku buat....
Korang kita tak tahu lah sama ade sedap ke tak....

Go to fullsize image
Jagung hari SABTU beli....
Semalam dah rebus....
Hari ini rebus lagi....

Kan best kalau dapat makan sekarang....
Hehehehehe....
Bersabar ^_^
Ingat PUASA....
Hehehehehe....

COPY AND PASTE

31 July 2011

Salam Ramadhan

Saya ingin mengucapakan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam di seluruh dunia ini.Dah lama saya nanti-nantikan BULAN RAMADHAN YANG PENUH KEBERKATAN INI.Saya harap saya akan puasa penuh pada tahun ini INSYA ALLAH (FEMALE)
Hapuskan dendam,
Bersihkan hati,
Luruskan niat.
Kalau berbuka puasa itu makan jagan sampai kenyang
(jangan kentut bau petai)
Lepas berbuka jagan lupa nak SOLAT pulak.Ingan puasa sebulan (30hari) bukan 1hari.
Jaga mata,
Jaga telinga,
Jaga tutur kata,
Jaga pergaulan.
JAGAN PERSIA-SIAKAN PAHALA.Jadi rebut lah pahala.
Insya Allah.Harap RAMADHAN kali ini lebih bermakna daripada RAMADHAN yang lepas.Amin.
Hari PERTAMA puasa aku kena berbuka dekat CLASS.Jadi aku kena berbuka dengan makanan yang ringan.Esok aku SAHUR bersama FAMILY.Lepas ini aku kena SAHUR dan BERBUKA dengan KAWAN-KAWAN ku di KC.

I'm Happy

Dalam beberapa hari ini aku rasa HAPPY sangat.Aku pun tak tahu kenapa.Aku harap aku akan HAPPY sampai bila-bila INSYA ALLAH.Aku harap aku akan berbahagia disamping ..... DON'T WORRY BE HAPPY.

Senyum itu satu sedekah....Jadi banyakkan lah senyum....Biar apa orang nak kata ape (nak kata kita gila ke apa-apa je buat tak tahu) Senyum itu satu sedekah....Jagan senyum tak tentu pasal dah lah....Hehehehehe

27 July 2011

Cinta Seorang Playboy Itu.. | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Zaman remaja sememangnya zaman yang indah dan bahagia buat dia. Zaman di mana dia dipuja dan dipandang tinggi oleh wanita-wanita di sekelilingnya. Dia tersenyum bangga. Berbekalkan wajah yang sempurna, ketinggian yang mantap dan bentuk tubuh yang bisa menambat hati gadis-gadis, dia rasa begitu selesa dengan kehidupannya. Hatinya kini milik seribu wanita yang bergelar 'hawa'.
alt

Untuk apa dia setia? Sedangkan rakan-rakannya yang lain kerap dipermainkan wanita walaupun mereka setia. Ada yang sanggup berhabis wang ringgit untuk teman wanita, akhirnya apabila sudah kopak, gadis tersebut meninggalkan mereka terkontang-kanting. Dia sendiri pun apa kurangnya. Sudah dua kali dia dicurangi makhluk yang bergelar kaum hawa itu walaupun dia telah korbankan segala kesetiaan dan kepercayaan kepada mereka.

Sudah dua kali juga dia menetapkan bahawa merekalah yang bakal menjadi permaisuri hidupnya tetapi sesungguhnya semua itu hanyalah sia-sia. Sekarang dia tersenyum puas. Puas kerana dapat mempermainkan hati lima gadis serentak! Dania, Ida, Zurin, Rushaida dan Lisya semuanya dia taburkan dengan janji-janji dan kasih sayang palsu. Andai salah seorang daripada mereka tidak berpuas hati pun dia tidak peduli. Asalkan dia bahagia melihat gadis-gadis tersebut terulit dibuai janji kosong.

Cuaca pagi itu tenang dan damai. Burung-burung bahagia berkicauan. 'Mungkin burung-burung tu pun bahagia sebab ramai awek,' bisik hati kecilnya. Dia tersenyum riang. Hari ini merupakan hari pendaftaran degree in law untuk pelajar junior. Jika bernasib baik, mungkin akan adalah seorang 'awek' cun tersangkut kat dia lagi. Sedang dia berdiri memerhati gerak-geri junior-junior yang kebanyakannya comel-comel belaka, pandangannya terhenti kepada salah seorang gadis ayu yang sedang duduk memerhatikan jam tangan di tepi kaunter pendaftaran kolej kediaman. Di dalam hatinya, itulah gadis yang bakal menjadi mangsanya seterusnya.

Sejak hari pendaftaran itu, dia bersungguh-sungguh mendapatkan serba sedikit maklumat mengenai gadis tersebut daripada rakan-rakannya dan junior. Hatinya menjadi lebih panas apabila mendapat tahu bahawa gadis tersebut merupakan seorang gadis yang sering mempermainkan perasaan lelaki. Hatinya melonjak untuk mengenali gadis tersebut agar dia dapat mempermainkan gadis tersebut pula! Dia cuba memulakan langkah untuk berkenalan dengan gadis tersebut. Dia mengatur ayat-ayat manisnya yang sememangnya menjadi bagi menjerat hati seorang gadis. Setelah seminggu lebih menjengah khabar berita daripada rakan-rakan dan junior, dia berjaya juga mengetahui serba sedikit tentang gadis itu.

Namanya tidaklah seglamour wajahnya. Bukan Aleesya, Areefa atau Natasya. Nama-nama tersebut adalah nama-nama biasa gadis-gadis cun yang dikenalinya selama ini. Tetapi kali ini, nama gadis yang cuba dikenalinya ini sungguh dalam maknanya. Gadis yang bernama Halimahtussaadiyah ini berasal dari Selangor. Setelah menaburkan ayat-ayat manis seperti biasa, tepat pada tarikh 8 Julai 2004, termaktublah bahawa mereka secara rasmi sudah menjadi sepasang kekasih.

Allah S.W.T Yang Maha Berkuasa tahu apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya. Dengan termeterainya perhubungan itu, niat yang pada mulanya berunsur khianat telah bertukar sepenuhnya. Perkenalan itu menjadikan mereka kenal akan erti kesetiaan, kasih sayang dan cinta. Tiada lagi istilah playboy dan playgurl dalam diri mereka. Tiada lagi istilah curang, khianat atau mempermainkan hati masing-masing. Dia telah pun memohon ampun dan maaf kepada bekas-bekas kekasihnya di saat zaman playboy nya dahulu. Hatinya kini terpaut kepada Halimahtussaadiyah seorang dan dia tidak berniat untuk bermain-main lagi dalam percintaan.

Episod-episod bahagia telah menjengah hari-hari mereka berdua. Dia yakin pada kata hati bahawa Halimahtussaadiyah lah yang sebenar-sebenarnya jodoh kurniaan Allah S.W.T baginya. Mereka bagaikan belangkas. Ke mana sahaja pasti bersama.

Tetapi lama kelamaan perkara ini menjadi masalah buat mereka. Akibat selalu kelihatan berdua-duaan, mereka telah dipanggil oleh jawatankuasa perwakilan Persatuan Rohani IPTA. Ketika itu mereka tersedar bahawa mereka telah melakukan dosa yang menghampiri fitnah dan zina. Walaupun setakat ini, mereka masih mengawal perilaku mereka, perkara sebegini masih haram di dalam Islam. Sedangkan ber-couple itu juga adalah haram apatah lagi berdua-duaan. Astagfirullahalazim!

Namun mereka sudah terlalu mencintai antara satu sama lain. Setelah berbincang dengan ibu bapa masing-masing, mereka mengambil keputusan untuk bertunang dan bernikah. Bukan mudah untuk meyakinkan ibu bapa pada mulanya namun, mereka tetap bersungguh agar tidak dipisahkan. Maka, tanggal 3 September 2005, mereka pun bertunang. Ketika majlis pertunangan dilangsungkan, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk memilih tarikh pernikahan pada bulan Disember 2005 iaitu pada tahun yang sama agar dapat mempercepatkan urusan membina masjid tersebut. Selepas bertunang, mereka menjaga pergaulan mereka. Mereka tidak lagi kerap berjumpa kecuali untuk urusan-urusan penting sahaja. Namun di dalam hati, masing-masing terasa sangat berdebar-debar menanti ketibaan hari yang ditunggu-tunggu.

Tetapi kata orang, kita cuma mampu merancang. Allah juga yang Maha Menentukan. Tanggal 21 September 2005, iaitu hanya beberapa minggu selepas mereka bertunang, hadirlah suatu peristiwa yang tidak akan pernah dia lupakan. Tarikh itu, tarikh dimana nyawa Halimatuhsaadiyah diragut kerana kemalangan jalan raya di Lebuhraya Elite sebaik pulang daripada rumahnya kerana terdapat perbincangan mengenai persiapan perkahwinan. Halimatussaadiyah meninggal di Hospital Besar Kuala Lumpur tepat pada jam 9.30 malam itu. Kemalangan ngeri itu telah mengakibatkan gegaran otak yang kuat dan menyebabkan pendarahan di dalam kepalanya. Dia yang turut terlibat di dalam kemalangan tersebut hanya patah kaki dan koma selama beberapa jam namun, oleh kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, dia tidak dapat hadir ke pengebumian Halimatussadiyah, seorang gadis yang amat dia cintai.

Saat dia sedar daripada koma, soalan pertama yang terbit dibibinya ialah di mana Halimahtussaadiyah dan bagaimana keadaannya? Bagi mengelak kejutan yang teruk dan atas nasihat doktor, ibu bapanya terpaksa menipu dengan mengatakan keadaan Halimahtussaadiyah stabil dan sedang dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Hari ke enam pada bulan Ramadhan, dia dikeluarkan daripada Hospital. Sepanjang berada di rumah, die sibuk bertanyakan perihal Halimahtussaadiyah dan ibu bapanya hanya berdiam diri kerana takut terjadi perkara yang tidak diingini padanya jika terus berselindung, ibu bapanya meminta bantuan daripada ibu bapa Halimahtussaadiyah untuk memberitahunya khabar berita bahawa Halimahtussaadiyah telah pun kembali ke rahmatullah dan telahpun selamat dikebumikan. Sebaik mengetahui bahawa gadis yang dicintainya itu telah pun kembali pada Tuhan yang Maha Esa, hidupnya menjadi tidak keruan. Dia tidak mahu makan, tidak mahu mandi dan asyik menghabiskan waktunya untuk menangis dan meratapi. Hidupnya seakan-akan tidak terurus lagi. Pelajarannya ditinggalkan begitu sahaja.

Tetapi kisah dukanya tidak hanya terhenti di situ. Setelah tiga minggu mengetahui berita bahawa Halimatuhsaadiyah telah meninggalkannya selama-lamanya, dia mengalami masalah hilang ingatan akibat terlalu stress dan terlalu banyak berfikir. Ibu bapanya sudah puas menghantarnya membuat rawatan di hospital dan bertemu dengan ustaz-ustaz yang boleh mengubatinya namun masih tidak berhasil. Inilah ujian daripada Allah. Mungkin Allah S.W.T hanya akan mengizinkannya untuk mendapatkan kembali memorinya setelah dia tenang dan redha dengan pemergian Halimatuhsaadiyah.

Alhamdulillah setelah berusaha tanpa jemu, pada pertengahan bulan Mac pada tahun 2008, barulah ingatan dia kembali pulih seperti biasa. Ketika itu, dia telah redha dengan pemergian bekas tunangnya dan berdoa agar roh Halimatuhsaadiyah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman..

Sekarang, dia hanya meneruskan kehidupannya seperti biasa walau pedih untuk ditanganinya. Dia pernah bercerita, di dalam mimpinya arwah pernah hadir dan mengucapkan kata-kata yang telah membuatakn dia sedar apa yang patut dilakukannya. Arwah memintanya agar tidak berterusan bersedih hati dan terus mencapai impian merealisasikan cita-citanya.

Ajaib bukan? Seorang playboy bertukar menjadi seorang yang setia kerana kehendak-Nya. Seorang playboy diuji oleh Allah untuk menghapus dosa-dosanya. Jika selama ini dia menguji hati gadis-gadis yang dipermainkannya, kini hidupnya sarat dengan ujian Allah yang Maha Berkuasa. Allah menjadikan sesuatu pasti ada hikmahnya. Dipinjamkan oleh-Nya intan permata namun bisa ditarik bila-bila yang dikehendaki-Nya.

Di kesempatan ini inginku hadiahkan al-Fatihah buat Allahyarhamah Halimahtussaadiyah Binti Mohd Yusof (10 Dis 1985 – 21 Sept 2005). Jangan risau akak, impian dan cita-citanya tetap dia teruskan walaupun akak sudah tiada lagi di sisinya.